Berita Indonesia terkini terpercaya, dan terpopuler !

Awas! Lelaki Cina Tua 'Scammer' Di Seri Kembangan

ADSENSE HERE!


BERHATI-HATI DENGAN LELAKI CINA TUA INI! 

Lelaki Cina tua ini menjana pendapatan dia dengan cara menipu. Beware orang-orang Seri Kembangan. Area Petronas Seri Kembangan dan Pasar Borong Selangor. 

Al-kisahnya:

Sebulan lepas, saya nak keluarkan duit di ATM Petronas Seri Kembangan. Lelaki Cina ini beratur di depan saya. Apabila tiba giliran lelaki Cina ini, dia berlakon yang kad ATM dia ditelan. Selepas itu dia keluar.

Apabila saya keluar depan pintu Petronas, lelaki Cina ini mendekati saya dengan wajahnya yang susah hati. Dia kata, kad ATM dia kena telan. Dia dari Pulau Pinang, baru ambil kereta anak dari Johor. Tak ada wang tunai nak balik ke Pulau Pinang. Siap bercerita yang anak dia ambil bidang perubatan, ada BMW dan pelbagai lagi dia cerita untuk menunjukkan kononnya family dia okay gitu. 

Dia nak pinjam RM100. Siap berjanji akan bank in semula ke akaun saya. Saya kata, paling banyak saya dapat tolong ialah RM20 je. Nego punya nego, lelaki Cina itu minta RM30. Saya pun dengan rasa belas kasihan menghulurkan duit yang dipinta.

Jauh di sudut hati saya, ada suara-suara kecil berkata, "ini scam je ni". Tetapi tangan tetap menghulur. Hanya nombor telefon dijadikan sandaran.

Hari ini, saya nak isi minyak di Stesen Petronas yang sama. Allah nak tunjuk, saya ternampak lelaki Cina tua ini sedang mendekati seorang penunggang motosikal. Terus saya pergi ke arah mereka. 

Saya minta balik duit saya. Selamba lelaki Cina tua itu buka dompet dia dan hulur RM50. Saya pulangkan balik baki RM20. Mamat moto itu pun minta balik duit dia.

Rupanya, mamat moto tu dah bagi dia RM100! Dahsyat! 

Tanpa perlu bekerja, dah dapat RM100 untuk hari itu.

Modus operandi yang sama. Kad ATM kena telan, tak ada duit. Dari Johor nak balik ke Pulau Pinang. Sadisnya... Orang-orang yang macam ini yang membuatkan kita terkilan nak hulurkan bantuan kepada mereka yang benar-benar jujur. 


ADSENSE HERE!

No comments:

Post a Comment

Copyright © BitDoll News. All rights reserved. Template by CB