ADSENSE HERE!
Gambar hiasan
ALOR SETAR - Sebuah tadika yang beroperasi semenjak dua tahun lalu di pusat bandar ini didapati mengajar muridnya menghina Nabi.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengerusi Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (GIPTIS), Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi yang menjelaskan murid terbabit tidak tahu apa-apa kerana hanya mengikut apa yang diajar oleh guru tadika berkenaan.
Perkara itu mendapat perhatian waris murid yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena mengenai pembelajaran di tadika itu.
"Kaedah yang digunakan guru tadika itu memang bijak. Mereka pandai ajar murid-murid lagu nasyid, puji Nabi, Allah dan sebagainya. Malah mereka (murid) mempraktikkan semula apa yang dipelajari di rumah. Tetapi di sebalik pujian itu ada cercaan terhadap Nabi," katanya.
Menurut Abd Aziz, tindakan guru terbabit dipercayai ada kaitan dengan penyebaran fahaman Syiah dalam kalangan kanak-kanak.
"Pada saya, ini adalah suatu tindakan yang terancang. Mereka menyasarkan golongan kanak-kanak untuk tujuan jangka panjang. Saya nasihatkan waris supaya segera keluarkan anak mereka dari situ. Banyak lagi tadika lain yang boleh dipercayai," katanya.
Beliau yang juga pensyarah di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) turut mengesa pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan tadika berkenaan termasuklah tenaga pengajarnya.
Tinjauan wartawan Sinar Harian di tadika berkenaan mendapati ramai yang berkunjung ke situ. Juga kelihatan beberapa kereta mewah berada di persekitaran tadika berkenaan yang dipercayai milik pengurusan tadika.
Beberapa waris murid yang ditemui juga ada memaklumkan kecurigaan mereka terhadap ilmu yang disampaikan oleh guru tadika berkenaan.
"Kami tidak tahu apa yang guru ajar kepada mereka, tetapi apabila balik ke rumah anak-anak selalu menyanyi lagu nasyid. Adakalanya terdengar seolah-olah ada penghinaan terhadap Nabi namun kami tidak pasti akan kesahihannya.
Difahamkan, tadika berkenaan beroperasi dari Isnin ke Jumaat bermula jam 8.30 pagi sehingga 1 petang yang hanya menerima kanak-kanak berumur 3 tahun sehingga 6 tahun.
Selain pendedahan mengenai agama Islam, murid juga turut diajar bahasa melayu dan inggeris. Bayarannya pula mengikut pakej pengajian serendah RM100 sehingga RM800 sebulan.
ADSENSE HERE!


No comments:
Post a Comment