ADSENSE HERE!
NGERI… angkara takut mendapatkan rawatan, seorang lelaki warga emas hampir kehilangan jari kelingkingnya selepas cincin yang dipakai tersekat pada jari.
Lelaki berusia 89 tahun yang menetap di Kampung Padang Gajah Mati, Pokok Sena, Kedah itu terpaksa menanggung kesakitan berhari-hari lamanya selepas gagal menanggalkan aksesori tersebut.
Ekoran itu, pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa dihubungi untuk mendapatkan bantuan khidmat khas bagi memujuk warga emas berkenaan.
Mangsa yang berjaya dipujuk oleh pihak Bomba dan Penyelamat kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Nerang dan kerja-kerja pemotongan cincin di lakukan di sana diikuti rawatan pada jarinya.
- MYNEWSHUB.CC
ADSENSE HERE!






No comments:
Post a Comment