Berita Indonesia terkini terpercaya, dan terpopuler !

Gambar Terakhir Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis & Datuk Azlin Alias Sebelum Helikopter Terhempas

ADSENSE HERE!




Gambar di atas didakwa adalah antara gambar terakhir Ahli Parlimen Rompin, dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri yang sempat dirakam sebelum terlibat dalam nahas helikopter di Semenyih, petang semalam.

Gambar tersebut adalah gambar ketika Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Datuk Azlin Alias menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, pagi semalam.

Kedua-dua orang kenamaan itu dilaporkan meninggal dunia beberapa jam selepas gambar tersebut dirakam oleh lensa kamera apabila helikopter yang dinaiki oleh mereka terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, Semenyih, ketika pulang dari majlis tersebut.

Helikopter yang terhempas itu dilaporkan membawa enam penumpang yang dipandu oleh Kapten CLifford WIlliam Fournier dari Kuantan menuju ke Subang.

Antara mangsa nahas yang lain dalam insiden itu ialah ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pembantu juruterbang Aidana Baizieva dan pengawal peribadi Jamaluddin Koperal Razakan Seran.


Kesemua mayat mangsa dijumpai jam 8.15 malam semalam dan terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.


ADSENSE HERE!

No comments:

Post a Comment

Copyright © BitDoll News. All rights reserved. Template by CB