Berita Indonesia terkini terpercaya, dan terpopuler !

Rakaman Akhir Dalam Pesawat Germanwings Tersebar

ADSENSE HERE!



PERANCIS - Sebuah video yang didakwa diambil oleh penumpang pesawat Germanwings yang terhempas di Banjaran Alps, tersebar di media sosial.

Lapor Paris Match, rakaman itu ditemui dalam memori telefon pintar salah seorang penumpang.

Dalam rakaman itu menunjukkan para penumpang menjerit dan menyebut 'My God' dalam pelbagai bahasa dan juga kedengaran ketukan logam yang didakwa cubaan kapten pesawat memecahkan pintu masuk kokpit.


The Indipendent pula melaporkan, jeritan penumpang semakin kuat kedengaran selepas pesawat bergegar.

Menurut majalah itu lagi, rakaman itu ditemui bersama dengan bangkai pesawat oleh pasukan misi penyelamat.

Bagaimanapun, Leftenan Kolonel Jean-March Menichini yang terlibat dalam operasi itu menafikan dakwaan menemui rakaman telefon di lokasi kejadian.

Hasil pencarian di laman sosial seluruh dunia juga tidak menemui video yang didakwa tersebar itu. 

Dalam kejadian pada 24 mac yang lalu, pesawat Germanwings telah merempuh banjaran pergunungan Alps di Perancis dalam penerbangan dari Barcelona ke Dusseldorf yang telah mengorbankan nyawa 150 penumpang dan kru.


ADSENSE HERE!

No comments:

Post a Comment

Copyright © BitDoll News. All rights reserved. Template by CB